Hari ini,hari pertama bersekolah selepas cuti raya.Opie datang ke sekolah dengan perasaan yang berbelah bahagi.Rasa takut,gementar,dan macam-macam lagi.Maklum sajalah,lepas raya inilah baru tahu markah setiap kertas untuk peperiksaan akhir tahun.
Kalau ikutkan hati,memang dia tak berniat untuk kesekolah.Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai seorang pelajar itu adalah belajar.Maknanya belajar itu wajib dan menjadi suatu jihad.Pergi sekolah bermakna dia akan berdepan dengan markah-markah yang menakutkan terutamanya subjek Pengajian Am.
" Paieeeee." Panggil Opie.Sengaja panggilan itu dileretkan.
Oleh sebab,ketika itu masa tutorial,makanya kebanyakan pelajar membuat kerja masing-masing.Ada satu kumpulan sedang berkumpul di meja belakang untuk membuat 'kumpulan perbincangan'.Ada yang melelapkan mata.Itu lagi sempoi.
"Amende?" soal Paie malas-malas sambil menyiapkan latihan alih bahasa.Sedikitpun tidak dikalihkan wajahnya kearah Opie.Muka Opie sedikit muram berbanding sebelum masa tutorial.
Opie sengaja memasamkan wajahnya.Geram kerana kawan baiknya tidak sudi memberi perhatian dan mendengar cerita darinya.Paie memandang apabila Opie membisu.Opie yang sedang memandang papan hitam dihadapan mereka itu dikerling Paie.
Pandang macam nak tembus.Suasana sunyi sepi seketika apabila tidak mendengar butir bicara dari Opie.Selalunya,belum sempat apa-apa mulut dah macam bertih jagung.Kalah wartawan cari berita.
"Weh....Cepatlah.Amendanya?"
"Sejarah kau dapat berapa?" tanya Opie sambir tersenyum manis.Paie menepuk dahinya kuat.
'Pangggil aku sebab nak tanya sejarah aku dapat berapa?Aku ketuk jugak minah ni dengan kalkulator ni karang.' desis hati Paie
Wajah Opie yang sedang terkebil-kebil menunggu jawapan darinya di pandang lama.Nak tergelak pon ada.Mata macam apa.Terkedip-kedip.
"Tunggu kau dapat Usuluddin.Aku bagitahu." putus Paie.
"Alaaaaaaaaaaa.Tak syok ahh"
"Kau nak tahu ke tak nak?Kalau tak nak.Lagi bagus." Ugut Paie.OPie terdiam.
"Sebenarnya aku dah dapat Usuluddin." jujur Opie.
Kertas Usuluddin dibawa keluar dari fail hitamnya.Kertas tersebut dilipat dua supaya markah yang tertera dibahagian hadapan tidak dapat dibaca oleh Paie.Dari dulu,mereka berdua memang begitu.Berkongsi segalanya.
"Bak sini kertas kau?" pinta Paie.
"Tak boleh.Tukar kertas dulu.Baru adil." Tegah Opie.Kertas Usuluddin masih kejap dalam pegangannya.
"Tak payah lah.Markah aku teruk.Lainlah Usuluddin,senang nak skor" Bidas Paie perlahan.Jarinya masih lagi laju menyiapkan ayat-ayat terakhir latihan alih bahasa.
"Alaa.Teruk pon chill lah.Kau juga cakap.Ni first exam kot.Sekarang ni kau pulak sentap bagai.Apehal?" suara Opie kedengaran tidak berpuas hati.
Paie hanya diam.Kertas Sejarah dan Usuluddin bertukar tangan.
"Perghhh..Cekiang gilaaa!" jerit kecil Paie.
Opie terdiam saat dia melihat essei-essei sejarah yang ditanda oleh guru sejarah.Sebuah keluhan dilepaskan.Langsung tidak kisah dengan pujian kawan baiknya.Dibelek kertas tersebut beberapa kali sebelum memandang markah yang tertera dihadapan kertas tersebut.
Paie yang perasan dengan tingkah Opie segera ingin mengambil kertas tersebut.Opie menghalang.Seketika kemudian berlaku adegan tarik-menarik kertas Sejarah tersebut.Akhirnya kertas tersebut masih ditangan Opie.
"Apesal macam ni weh?Aku tak rasa kau tak boleh buat."kata Opie sambil memerhati essei dimuka surat satu.
Memanglah dia bukan dari kelas sejarah,tapi sekurang-kurangnya dia masih tahu membandingkan isi-isi penting yang ditulis oleh Paie dengan skima jawapan yang dicetak dari guru sejarah tersebut.Isi yang lebih kurang sama saja.Kalau nak berlain pun dari segi susunan ayat.
"kannnn?" Muka sedih Paie menjadi tatapan Opie.
"Entahlah.Tadi dalam kelas pun,dia cakap jawapan kitaorang tak macam dalam skima jawapan.Habis tu tak kan aku nak hafal ayat demi ayat.Melampau lah tu" dengus Paie.Jarang melihat dia mendengus.Selalunya dia tenang-tenang sahaja.
Opie mati kutu.Nak nasihat,dia sendiri pun tak tahu.Tapi betul juga tak kan nak hafal ayat sebiji-sebiji dari dalam buku kot.
"Ada sebab kot dia bagi markah sikit."
"Sebab nak bagi budak sejarah stress kot"tambah Paie selamba.Buku alih bahasa ditutup sebelum dia berlalu dan memberikan buku tersebut kepada ajk mata pelajaran subjek Bahasa Melayu,Tasya.
Setelah Paie duduk tenang di kerusinya.Opie menyambung kata.
"Aku rasa dia saja buat macam tu.Strict dengan markah.Sebab mana tahu pemeriksa sejarah stpm betul-betul lagi strict dari dia.So,sekarang kau dapat markah yang memang cukup-cukup makan tapi stpm betul tak mustahil kau boleh skor punya.
Kiranya dia saja buat macam tu.Sebab kalau dia bagi markah yang hebat nanti kalau time stpm betul-betul,pemeriksa strict,kau dapat markah sikit tak ke lagi sakit jiwa.?Logik tak teori aku?" ujar Opie panjang.
"Banyaklah kau punya logik.Tapi markah yang dia bagi ni macam nak kasi budak kelas sejarah down je." adu Paie.
"Lepak lu.Banyak masa lagi kan?Ada lebih kurang 9 bulan untuk kita pulun"
"Ha lah.Kau boleh la lepak sebab result gempak"
"Gempak ke?Tapi aku rasa tak segempak geng belah sana" Opie memuncungkan mulutnya kearah Wa,Haney,dan Nad yang duduk dibahagian sebelah kanan.
Paie gelak terkekeh-kekeh sebelum menambah kata-kata Opie.
"Tu tak payah cerita.Itu memang otak-rebus-buku-minum-airbuku"
"Ade ke?"
"Apa ada-ada? Adalaaaa" Usik Paie.Malas melayan peel si Paie.Bila mood dah elok dari kesedihan,memang ada ja idea nak kenakan orang.Karangan bahasa melayu yang baru separuh disiapkan,perlu kepada pengakhiran karangan sebelum dihantar kepada cikgu Norizan pada waktu balik tengah hari nanti.