Suka Like.Tak suka pon Like.Ahaaa :D

Thursday, 9 August 2012

Peluang Kedua ( 9 )

Hari ini,hari pertama bersekolah selepas cuti raya.Opie datang ke sekolah dengan perasaan yang berbelah bahagi.Rasa takut,gementar,dan macam-macam lagi.Maklum sajalah,lepas raya inilah baru tahu markah setiap kertas untuk peperiksaan akhir tahun.

Kalau ikutkan hati,memang dia tak berniat untuk kesekolah.Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai seorang pelajar itu adalah belajar.Maknanya belajar itu wajib dan menjadi suatu jihad.Pergi sekolah bermakna dia akan berdepan dengan markah-markah yang menakutkan terutamanya subjek Pengajian Am.

" Paieeeee." Panggil Opie.Sengaja panggilan itu dileretkan.

Oleh sebab,ketika itu masa tutorial,makanya kebanyakan pelajar membuat kerja masing-masing.Ada satu kumpulan sedang berkumpul di meja belakang untuk membuat 'kumpulan perbincangan'.Ada yang melelapkan mata.Itu lagi sempoi.

"Amende?" soal Paie malas-malas sambil menyiapkan latihan alih bahasa.Sedikitpun tidak dikalihkan wajahnya kearah Opie.Muka Opie sedikit muram berbanding sebelum masa tutorial.

Opie sengaja memasamkan wajahnya.Geram kerana kawan baiknya tidak sudi memberi perhatian dan mendengar cerita darinya.Paie memandang  apabila Opie  membisu.Opie yang sedang memandang papan hitam dihadapan mereka itu dikerling Paie.

Pandang macam nak tembus.Suasana sunyi sepi seketika apabila tidak mendengar butir bicara dari Opie.Selalunya,belum sempat apa-apa mulut dah macam bertih jagung.Kalah wartawan cari berita.

"Weh....Cepatlah.Amendanya?"

"Sejarah kau dapat berapa?" tanya Opie sambir tersenyum manis.Paie menepuk dahinya kuat.

'Pangggil aku sebab nak tanya sejarah aku dapat berapa?Aku ketuk jugak minah ni dengan kalkulator ni karang.' desis hati Paie 

Wajah Opie yang sedang terkebil-kebil menunggu jawapan darinya di pandang lama.Nak tergelak pon ada.Mata macam apa.Terkedip-kedip.

"Tunggu kau dapat Usuluddin.Aku bagitahu." putus Paie.

"Alaaaaaaaaaaa.Tak syok ahh"

"Kau nak tahu ke tak nak?Kalau tak nak.Lagi bagus." Ugut Paie.OPie terdiam.

"Sebenarnya aku dah dapat Usuluddin." jujur Opie.

Kertas Usuluddin dibawa keluar dari fail hitamnya.Kertas tersebut dilipat dua supaya markah yang tertera dibahagian hadapan tidak dapat dibaca oleh Paie.Dari dulu,mereka berdua memang begitu.Berkongsi segalanya.

"Bak sini kertas kau?" pinta Paie.

"Tak boleh.Tukar kertas dulu.Baru adil." Tegah Opie.Kertas Usuluddin masih kejap dalam pegangannya.

"Tak payah lah.Markah aku teruk.Lainlah Usuluddin,senang nak skor" Bidas Paie perlahan.Jarinya masih lagi laju menyiapkan ayat-ayat terakhir latihan alih bahasa.

"Alaa.Teruk pon chill lah.Kau juga cakap.Ni first exam kot.Sekarang ni kau pulak sentap bagai.Apehal?" suara Opie kedengaran tidak berpuas hati.

Paie hanya diam.Kertas Sejarah dan Usuluddin bertukar tangan.

"Perghhh..Cekiang gilaaa!" jerit kecil Paie.

Opie terdiam saat dia melihat essei-essei sejarah yang ditanda oleh guru sejarah.Sebuah keluhan dilepaskan.Langsung tidak kisah dengan pujian kawan baiknya.Dibelek kertas tersebut beberapa kali sebelum memandang markah yang tertera dihadapan kertas tersebut.

Paie yang perasan dengan tingkah Opie segera ingin mengambil kertas tersebut.Opie menghalang.Seketika kemudian berlaku adegan tarik-menarik kertas Sejarah tersebut.Akhirnya kertas tersebut masih ditangan Opie.

"Apesal macam ni weh?Aku tak rasa kau tak boleh buat."kata Opie sambil memerhati essei dimuka surat satu.

Memanglah dia bukan dari kelas sejarah,tapi sekurang-kurangnya dia masih tahu membandingkan isi-isi penting yang ditulis oleh Paie dengan skima jawapan yang dicetak dari guru sejarah tersebut.Isi yang lebih kurang sama saja.Kalau nak berlain pun dari segi susunan ayat.

"kannnn?" Muka sedih Paie menjadi tatapan Opie.

"Entahlah.Tadi dalam kelas pun,dia cakap jawapan kitaorang tak macam dalam skima jawapan.Habis tu tak kan aku nak hafal ayat demi ayat.Melampau lah tu" dengus Paie.Jarang melihat dia mendengus.Selalunya dia  tenang-tenang sahaja.

Opie mati kutu.Nak nasihat,dia sendiri pun tak tahu.Tapi betul juga tak kan nak hafal ayat sebiji-sebiji dari dalam buku kot.

"Ada sebab kot dia bagi markah sikit."

"Sebab nak bagi budak sejarah stress kot"tambah Paie selamba.Buku alih bahasa ditutup sebelum dia berlalu dan memberikan buku tersebut kepada ajk mata pelajaran subjek Bahasa Melayu,Tasya.

Setelah Paie duduk tenang di kerusinya.Opie menyambung kata.

"Aku rasa dia saja buat macam tu.Strict dengan markah.Sebab mana tahu pemeriksa sejarah stpm betul-betul lagi strict dari dia.So,sekarang kau dapat markah yang memang cukup-cukup makan tapi stpm betul tak mustahil kau boleh skor punya.
Kiranya dia saja buat macam tu.Sebab kalau dia bagi markah yang hebat nanti kalau time stpm betul-betul,pemeriksa strict,kau  dapat markah sikit tak ke lagi sakit jiwa.?Logik tak teori aku?" ujar Opie panjang.

"Banyaklah kau punya logik.Tapi markah yang dia bagi ni macam nak kasi budak kelas sejarah down je." adu Paie. 

"Lepak lu.Banyak masa lagi kan?Ada lebih kurang 9 bulan untuk kita pulun" 

"Ha lah.Kau boleh la lepak sebab result gempak"

"Gempak ke?Tapi aku rasa tak segempak geng belah sana" Opie memuncungkan mulutnya kearah Wa,Haney,dan Nad yang duduk dibahagian sebelah kanan.

Paie gelak terkekeh-kekeh sebelum menambah kata-kata Opie.

"Tu tak payah cerita.Itu memang otak-rebus-buku-minum-airbuku" 

"Ade ke?"

"Apa ada-ada? Adalaaaa" Usik Paie.Malas melayan peel si Paie.Bila mood dah elok dari kesedihan,memang ada ja idea nak kenakan orang.Karangan bahasa melayu yang baru separuh disiapkan,perlu kepada pengakhiran karangan sebelum dihantar kepada cikgu Norizan pada waktu balik tengah hari nanti.

Wednesday, 8 August 2012

Peluang Ke-2 ( 8 )

Beberapa hari selepas iftar dijalankan, semua pelajar tingkatan enam terpaksa berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun.Walaupun peperiksaan kali pertama ini tidak mengikut struktur soalan yang sebenar tapi masih memerlukan mereka semua mengulangkaji seperti peperiksaan sebenar.

Malangnya,mereka masih samar-samar.Tidak tahu mahu mengulangkaji bab mana,cara yang bagaimana.Argghhh.stressnya!

“Exam kita tinggal dua hari je lagi kan,sebelum kita cuti untuk raya?” soal Wa yang ditangannya masih kejap dengan  tatabahasa dewan yang berwarna hijau petronas itu.Masih membelek-belek bab-bab awal.

Paie terangguk-angguk walaupun matanya terpejam menghafal beberapa kata kunci bagi memudahkan dia menjawab soalan sebentar sahaja lagi.Opie dan yang lain-lain juga sudah mula membelek tatabahasa dewan seperti membaca majalah Ujang tatkala ingin menghilangan tekanan.Main selak-selak sahaja.

“Eh !! aku tanya ni.Jawablah.”desak Wa.

Paie yang dari tadi terpejam membulatkan matanya sebelum berpaling kebelakang kearah Paie. ‘Minah ni la,buat aku stress sungguh’detik hati Paie.Meja Wa dibelakang meja Paie.

“Eh tadikan aku dah jawab”Paie menutup tatabahasa dewannya.

“Bila masa kau jawab.?”

“Tadi aku angguk-anguk.Kau tak nampak?” Jawab paie tegas.

“angguk-angguk kau tu bukan jawapan tau.Lagipun aku mana nampak,aku duk belek-belek kamus tebal nih.” Lawan Wa.

Wa dengan Paie memang suka lawan mulut.Paie suka cari pasal,Wa cengeng macam budak-budak.

“Kau pun nak tanya tak kena masa tau! tengok semua duk berbuih-buih mulut hafal kata majmuk  mantap.”dengus Paie.Opie masih sibuk menghafal.Min buat tak nampak perbalahan tersebut.

“Sekarang kau dah taukan jawapan dia?Cuba try test tengok kata majmuk mantap tu ada berapa?Sibuk sangat nak cuti!” sergah Paie.

Wa mencebik geram.Tapi kepalanya masih bergerak atas ke bawah.

“Sekejap,aku ingat balik.”

Sambil mulutnya terjuih-juih dia menyambung kata 

“ Dalam arena antarabangsa ,terdapat bumiputera yang merupakan ahli jawatankuasa mencari kakitangan untuk dapatkan warganegara dalam  bidang olahraga.

Pesuruhjaya polis meminta setiausahanya secara sukarela supaya beritahu anggota suruhanjaya untuk dapatkan tandatangan orang ramai bagi bertanggugjawab terhadap matahari.Sekian terima kasih” 

Wa menamatkan kata-katanya sambil menundukan kepalanya sedikit.Konon-kononnya baru selesai buat konsert.Cis.

Opie mengangkat kepala “Gila!Cerekarama versi apa kau buat tu Wa?” Min dari tadi diam mula tersenyum .Paie bagaikan terpanar melihat kecekapan Wa membuat kata-kata majmuk menjadi cerita.Nad yang baru masuk ke tingkatan enam sebulan lalu juga  mempamirkan riak teruja.Wa tersenyum bangga.

“Itu sebuah cerita cinta klasik si bumiputera yang nak tackle matahari”

Ketawa Paie mula bergema. Nad menutup mulut.Tidak mahu masuk campur. Opie ketawa kecil‘Si Paie ni kejap lagi ada kena makan tangan ni.’ Bisik hati opie

Dengan sepantas kilat,Wa mengambil tatabahasa dewan lalu menghayun ke lengan Paie. 

“Pap!”

“Awww!! Ohoooo.sakitlah.Betul la apa aku cakap.Tak betul ke?”tanya Paie sambil memandang kearah Opie,Nad dan Min satu persatu.Masing-masing buat tak tahu tanda malas mahu campur tangan.

Paie yang mahu membalas perbuatan Wa terhenti dengan tiba-tiba.Cikgu Siti masuk ke kelas dengan membawa kertas bahasa melayu satu yang mampu membuatkan semua pelajar menelan liur.Tidak tahu bentuk soalan.Tidak tahu jawapan yang bagaimana perlu diberikan.

Paie masih memandang wajah Wa.Sakit ditangan masih terasa.Ni kalau teruk ni mau Parkinson.Dah Parkinson aku nak jawab soalan macam mana.Menggeletar je tangan.Tunggu kau.Wa menjelirkan lidah. ‘Paie membuat muka.Jelir lidah dekat aku?childish sungguh’ bentak hati Paie.

*****

“Kelas, masa menjawab tinggal lagi 15 minit”suara nyaring cikgu Norizan kedengaran.Jari-jemari Opie masih laju mengarang  jawapan dalam bentuk essei,menghabiskan aat-ayat terakhir sebelum cikgu Norizan mengutip kertas jawapan bagi subjek syariah itu.

15 minit kemudian,cikgu Norizan sudahpun mengutip dan mengumpul kertas jawapan tersebut. ‘Tawakal tawakal’ bisik hati Opie.Ketika kaki cikgu Norizan sudahpun melangkah meninggalkan kelas ,suara bising sudah mula kedengaran.'Tu tak lain tak bukan, bincang pasal jawapan tadi la tuh.'keluh Opie.

Seorang demi soerang meninggalkan kelas,Opie mengelek buku syariah dan failnya.Paie datang kearahnya sambil menolong dirinya menutup tingkap ditepinya. 

“Soalan tadi okey?” Muka Opie dipandang.

“Soalan tadi memang okey.Yang tak okeynya jawapan aku” jawab Opie tanpa nada.Paie mengangkat bahu sambil beriringan dengan Opie meninggalkan kelas.

 “Dah la tak payah fikir,jum balik study untuk esok pulak! Hooray hooray” Opie memandang pelik. ‘happy je si Paie ni.Tak faham aku’ Mereka sudahpun menuruni anak-anak tangga sebelum kedengaran suara halus di belakangnya bertanya

“eh soalan tadi jawapan dia macam mana eh?” Muka Wa nampak selamba saat melontarkan soalan tersebut.Paie dan Opie mengangkat bahu. ‘Masalah betul kalau jumpa manusia yang suka bincang jawapan nih’ kutuk Paie.

Min dan Nad seperti ingin mengetahui jawapan yang sebenarnya.Opie terfikir sesuatu lalu bertanya kepada Wa.

“Wa,soalan tanggungjawab ketua keluarga tu kena jawab macam mana?” Terasa bahunya ditolak perlahan oleh Paie. “Tadi macam tak nak bincang sangat.”peril Paie.

“Aku tanya nak jawab macam mana?bukan jawapan dia apa”

Kekeliruan ini harus ditanya sekarang kalau tidak,memang kusut.Ada dua hari lagi exam yang memaksa mereka menjawab dalam essei.

Wa yang sejak tadi menjadi pemerhati menjawab “ hmm,markah dia 12 so,ada 6 isi,setiap satu isi ada satu huraian lengkap.Tapi tak dek pendahuluan ,tak dek penutup.Lebih kurang satu soalan, satu muka surat”

Opie menepuk dahinya kuat seraya berkata “Aduh!” Kalau diikutkan tadi,jawapan dia separuh muka surat je.Hancur kertas syariah aku.

“Alamak!” jerit Nad dan Min serentak.Paie mengerutkan dahinya.’Apa-apa jelah diorang ni’

“Kau jawab macam mana Opie?” Opie sudahpun menggaru-garukan kepalanya

“err.. 6 isi.”

“Sama dengan aku” jelas Nad dan Min serentak sekali lagi.

“okeylah tu.”sampuk Paie.

“Perli aku  la tu! 6 isi tak dek huraian.faham?” Paie menolak dahi Opie perlahan.

“Kau ingat ,kau jawab soalan spm ke apa?” Marah Paie.Apa sahaja la yang difikirkan oleh teman baiknya.Bukan dia tidak mendengar bagaiman ustazah Maznah menjelaskan cara-cara menjawab.Sah-sah fikiran menerawang jauh ni.

Opie termenung memikirkan jawapan tadi.Aduh,ranap kertas syariah aku.Paie yang sedai tadi disisinya menepuk perlahan bahunya " dah la tak payah fikir sangat.First time kan? Biasalah tu.Jom kita balik.Bantal menunggu aku." 

"Jom" balas Opie.

Peluang Kedua ( 7 )

Bulan Ogos sudah memasuki minggu kedua,hampir dua minggu juga umat Islam melaksanakan ibadah puasa dan hampir empat bulan Opie mengharungi hari-harinya dengan penuh sabar.


Malas memikirkan tentang persepsi negatif orang-orang tentang tingkatan enam,dia bertindak diam membisu.


Sepanjang detik itu,Opie merasakan dia sudah lali dengan segala tohmahan orang diluar sana tentang pilihannya tentang form six.Dia sudah mula memasang mood blur.


Sesiapa sahaja yang memulakan debat untuk membahannya tentang  form six,dia akan pandang orang tersebut tanpa perasaan sehingga orang tersebut seakan-akan mengangkat tangan tanda kalah ' okay okay'

" Opie kejap lagi ada perjumpaan dengan kak-kak form six." Kata-kata Puan Syarkiah membuatkan Opie tercengang-cengang.Eh dah kenapa pulak tiba-tiba dia dipanggil untuk sesi perjumpaan?Salah laku apa pula dia buat?


Dia memandang kearah Paie yang duduk disebelahnya.Dikerutkan dahinya seketika sebelum kepalanya dianggukkan perlahan tanda memahami arahan ustazahnya.


Puan Syarkiah keluar dari kelas selepas membuat pengumuman tersebut.


Jari jemarinya pantas membuat peta minda berkaitan pendapat-pendapat mantik klasik.Matanya ditajamkan supaya dia sendiri dapat mengenal pasti mana satu isi utama dan mana satu huraiannya.Dahinya kembali berkerut sebelum keluhan dilepaskan.


Paie yang sedang menghafal nota sejarah disebelahnya terganggu dek keluhan kawan baiknya.


 " tak faham ke?" Di jengukkan kepalanya melihat peta minda si Opie.


Paie menelan liur.


Mak aih!Baik punya peta minda.Beranak-panah sakan.Warna- warni pulak tu.Bukan takat tulisan je warna warni,notepad pun berwarna.Kepalanya tergeleng-geleng.


Dibandingkan dengan peta mindanya.Memanglah bezanya bagai langit dan bumi.Hanya sehelai kertas kajang putih,tulisan pen berwarna hitam.Mudah dan simple.


"Entah,aku buat je nih belum tentu faham.Nak tau aku faham ke tak,tunggu exam bulan 10 nanti" dikenyitkan matanya kearah Paie.Paie mengangkat bahu.


"weh,orang suruh buat peta minda supaya faham le.Ada pulak macam tu.Kau ni memnag la..." kata-kata Paie membuatkan Opie menjelirkan lidahnya sebelum meneruskan kerjanya.


Mantik Klasik je ada dua pendapat.Memanglah dua pendapat tu nampak macam sikit je tapi kalau satu pendapat dua muka surat penuh ala-ala buku tulis sekolah rendah,nak pendekkan macam mana.Kalau dah dua pendapat tak ke empat muka surat.Banyak tu.Tu belum masuk mantik moden lagi.Masak masak.


Sabar Opie sabar.Allah suka orang yang bersabar.Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan.

"kau rasa kau boleh teruskan form six ni?" Opie masih meneruskan aktivinya untuk menyiapkan  peta mindanya.Pen warna hijau daun digunakan untuk menulis isi penting.


Paie memandang kearah Opie pelik. "Soalan ape ni weh?"


Bahu Opie terangkat sedikit.Tanpa sedikitpun mengalih pandangannya kearah Paie.


"Terserah.Kalau kau rasa ni soalan Stpm pon okey je"


Sejenak kemudian,badan Opie disandar kebelakang kerusi kayu berwarna oren kelabu sebelum dia mengelap mukanya dengan tisu dua kupang.Walaupun mereka duduk di tepi tingkap,kalau diikut logik angin akan terjah bila-bila masa.Tapi kadang-kadang tetap berasa melekit sekitar muka.

"Kalau kau,aku tahu banyak pilihan tapi aku,aku akan teruskan walau macam mana susah sekalipun.Tapi buat masa ni aku okay lagilah.Belajar pon okay."


Paie berterus terang.Jam ditangannya menunjukkan pukul 10.40 pagi.


Dia menyambung menghafal isi-isi penting dan membiarkan Opie mencerna kata-katanya.Syafida dan beberapa kawan sekelas yang lain sudah menukar haluan.Dari menghabiskan kerja-kerja sekolah,belajar secara berkumpulan kepada membaca  Al-Quran.


Wa,Hani,dan Akmal sudahpun berlalu ke surau.Waktu-waktu begini,biasanya mereka menunaikan solat sunat Dhuha.Tambahan lagi,sekarang bulan Ramadhan dan ketika ini sepatutnya masa untuk makan digantikan untuk menunaikan amalan-amalan baik supaya beroleh faedah kelak.

"Dah lah.Jom Dhuha."Opie sudah mengemas notepadnya dan pen warna-warni.Disusun  di tepi meja yang beralaskan pembalut hadiah berwarna kuning.Dia bangun lalu mengambil beg yang berisi telekung putih.


Lazimnya,sejak ditingkatan satu lagi,mereka sudah terbiasa dengan amalan-amalan yang sebegini rupa apabila Ramadhan menjengah.


Masing-masing seakan tersedar sendiri untuk membuka dan membaca Al-quran barang sehelai dua muka surat.Ada yang lagi, baik,membaca sambil memahami tafsirnya.Sesuatu yang Opie masih belum mampu buat.


******

Kak wani sudah pun memulakan perjumpaan dengan memaklumkan beberapa maklumat terkini.Opie dan Paie baru sahaja sampai di bilik mesyuarat Kasturi terus sahaja menempatkan diri di celah-celah pelajar yang lain.Terlambat sedikit dari waktu yang sepatutnya.

"Opie kan?" tanya Kak Wani. Opie mengangguk.

Kertas berwarna putih bertukar tangan.Opie membaca sepantas kilat.'Eh tiba-tiba jadi setiausaha la pulak' Aduh.Setiausaha untuk Iftar jamai'e yang akan berlangsung hari Khamis pada minggu hadapan.

"Okey.Makanan semuanya dah setuju kan?" Semua yang ada didalam bilik tersebut mengangguk tanda setuju.

"Okay,untuk pelantikan ajk setiap tugas,sila rujuk pada kertas yang diedarkan.So kak wani harap,jalankan tanggungjawab masing-masing.Kerja biar ikhlas." sempat lagi Kak wani meninggalkan pesanan khidmat masyarakat sebelum semua pelajar bersurai.

Peluang Ke-2 ( 6 )

Di dalam bilik,Opie sedang merenung dinding tanpa rasa.Kosong.Meja belajar yang disusun rapat ke dinding itu buatnya terasa bosan.Baru selesai bersarapan bersama ibu,babah dan adik-beradiknya.

Jadual waktu yang ditampal menggunakan sticker note berwarna kuning itu dipandang lama.Esok hari pertama untuk mereka memulakan sesi pembelajaran.

'hmmm' keluhan dilepaskan lemah.Opie bersandar ke belakang kerusi.Malas.

Tepi mejanya,ada rak jenis kayu yang menjadi tempat dia menyimpan buku-buku sekolah dan novel-novelnya.

File peribadinya yang bersepah diatas meja,diambil lalu dibelek perlahan sambil meneliti maklumat yang diisi didalamnya.Sudah menjadi kebiasaannya,untuk mempunyai file peribadi yang akan diisi dengan surat-surat dari pihak sekolah,kertas-kertas semasa orientasi dan kini, senarai tugas sebagai seorang pelajar tingkatan enam dan ketua tingkatan.

Lama dia berjeda sebelum dia mengambil buku rujukan Pengajian Am kertas 1.Opie mula membaca tulisan yang dicetak di dalam buku tersebut perlahan-lahan.Konsep kenegaraan.Opie mengeluh lemah seketika apabila memikirkan subjek ini lebih kurang sejarah.Subjek yang tidak pernah digemarinya sejak di tingkatan satu lagi.

Namun begitu,dia tetap membaca walaupun kelas akan bermula pada esok hari.Dia akan membaca sebagai persediaan kelas esok.Tidak seperti di tingkatan lima,dia hanya akan membaca ketika masanya sudah tiba.Kesilapan yang di rasakan perlu dibaiki sekarang.

Hampir sejam dia menghabiskan masa untuk membaca bab satu.Pintu biliknya diketuk perlahan dari arah luar "Tuk!! Tuk !!"

"Masuklah"Arah Opie kuat sedikit.Pintu dibuka perlahan.

Terjengul wajah babahnya " How's your school?" 

Opie menoleh kearah babahnya memandangkan meja belajarnya membelakangkan pintu bilik.

"Hmm,bolehlah." balas Opie lemah.

Seperti biasa,babahnya  yang sering bekerja ke luar daerah akan menyebabkan babahnya banyak tertinggal cerita berkenaan anak-anaknya.Jadi,babahnya akan mencari masa untuk berkongsi cerita dengan anak-anaknya.Hari minggu seboleh-bolehnya babah akan meluangkan masanya untuk bersama anak-anak.

Babah sudahpun duduk diatas katil queen size yang beralaskan cadar bercorak abstrak.
Opie menarik kerusi supaya duduk berhadapan dengan babahnya.

"Dah start belajar?" soal babah.

Opie menggeleng,lambat-lambat.

"Bila start?" soalan kedua babah.

"Esok lah kut" jawab Opie ragu-ragu.

"Nah...." 

Babah menghulurkan satu set pen berwarna-warni dan sebuah buku yang kulitnya dihiasi dengan pemandangan yang cantik.Set pen berwarna -warni dan buku tersebut bertukar tangan.

"Thanks babah."Ucapnya sambil menghadiahkan ciuman di pipi babahnya.Babahnya tersenyum.

"Tadi buat apa?" 

"Ouh.Saja baca-baca." kepala babah terangguk-angguk.

"Baguslah.Selalunya,bila kita dah baca dulu sebelum belajar,dia cepat sikit melekat dalam otak kita.All the best ya.I know you can do it." nasihat babah.

Iya.Opie menyedari perkara itu sejak dahulu.Kalau ikutkan,setiap kali bertukar tahun untuk memasuki sesi persekolahan,babahnya akan menyuruhnya untuk membaca dahulu isi-isi yang ada didalam sesebuah buku sebelum tiba waktu belajar.Katanya,senang nak ingat dan faham.Tapi macam biasa Opie tidak pernah mengambil kisah tentang itu.



******

Perhimpunan mingguan baru sahaja selesai.Opie dan Paie segera ke kelas yang berada di belakang kawasan keseluruhan sekolah.Mereka satu kelas,hanya akan berpisah pada waktu sejarah dan usuluddin.

Kelas yang tadinya sunyi sepi kembali bising dengan suara-suara pelajar tingkatan 6 rendah1.Kelas yang memuatkan lebih kurang 17 orang pelajar.Kelas sebelah,6 rendah 2 hanya ada 16 orang.

Bilangan pelajar semakin berkurangan apabila beberapa orang pelajar keluar dari tingkatan enam mengikut haluan maisng-masing.Ada yang ke politeknik,ada juga yang ke kolej swasta dan macam-macam.

Kelas yang kusam tanpa hiasan ini,Opie pandang lama.Paie yang duduk disebelahnya menolak bahunya perlahan.

"Apehal?" tegur Paie.

Tangannya masih menyapu mejanya dengan tisu.Penuh dengan habuk.Meja kayu yang masih belum dialasnya di sapu-sapu lagi.

"Kau tak rasa muka kau tebal masa assembly tadi?" soal Opie tidak puas hati.

Opie sudahpun memalingkan wajahnya kearah Paie.Biar bertentangan.Paie yang bersandar di tingkap belakangnya hanya angguk-angguk.

"Rasa la jugak.Tapi tak setebal kau.Lainlah kau duduk depan.Ketua tingkatan la katakan" 

Ketawa Paie bergema seketika.

"Bengong la kau!!"

"Semua cikgu macam duk usha je siapa yang masuk form six." keluh Opie lagi.

"Yalah.Form six ni mana standard.yang standard tu matrik dengan asasi je" sinis Paie.

Perbualan mereka terhenti saat melihat  cikgu Fakhruddin masuk ke kelas dengan santainya.

Kemeja kotak-kotak merah dan slack hitam yang dipakainya  benar-benar mampu mencairkan hati pelajar-pelajar kelasnya.

Nahas lah siapa -siapa yang belum tahu sebenarnya cikgu awet muda ni dah beristeri.Masak kalau jatuh cinta dengan cikgu sendiri.

Buku rujukan pengajian am kertas satu dibuka mengikut muka surat yang telah diberitahu cikgu Fakhruddin sebentar tadi.Hampir lima belas minit,cikgu Fakhruddin membiarkan pelajar-pelajarnya membaca,dia mula menerangkan satu persatu tentang konsep kenegaraan.

Opie memandang paie sekilas sebelum berbisik ke telingaPaie"Kau faham ke weh?"

Paie mengangkat bahu. "Entah.Boleh la kut sikit-sikit.Kenapa?"

"Suara perlahan macam  tak nak bagi aku dengar je penerangan dia.Aku cakap lagi kuat kut." rungut Opie.

Paie tersengih.Matanya masih lagi memberi sepenuh perhatian kearah penerangan cikgu Fakhruddin.

Cikgu Fakhruddin yang masih santai duduk di kerusi menyoal ringkas smabil memandang kearah pelajar-pelajarnya." Kamu semua faham tak ?"

Ada yang mengangguk faham.Ada yang menggeleng tidak faham.

Syafida menjawab selamba. "Macam mana nak bagi faham cikgu?"

Satu kelas hampir tergelak dengan keselambaannya.Opie dan Paie tergelak sama.

"Yang tu kena tunggu kamu jawab soalan tahun depan."

"Tahun depan??" terjerit kecil semua pelajar yang berada didalam kelas.

"Tahun depan,baru saya bagi latihan topikal.Buat masa ni,saya cuma nak ajar kamu sampai habis bab." ringkas dan padat jawapan cikgu Fakhruddin.Kata-katanya disambut dengan pelbagai reaksi pelajarnya.

"Habis tu cikgu,nanti nak exam macam mana?" tanya Syafida.

"Pandai-pandailah cari soalan. Tak kan tu pun nak kena ajar"perli cikgu Fakhruddin sudah berdiri sebelum berlalu meninggalkan kelas.Masa Pengajian am sudah habis.Aduh terasa.Muka masing-masing sudah bera.

Paie memberi isyarat.Opie menepuk dahi perlahan."jazakallahu khairan kathira" sebelum semua pelajar lain mengikutinya.Cikgu Fakhruddin mengangguk perlahan sebelum meninggalkan kelas yang sudah mula bising kembali.

Peluang Ke-2 ( 5 )

Hampir seminggu orientasi berlalu,dan pagi ini akan diadakan majlis penutupan orientasi tingkatan enam.Majlis tersebut akan diadakan selepas waktu rehat dan ibu bapa turut di undang oleh pihak sekolah.

Pelajar-pelajar sudah dibahagikan tugas mengikut jadual tugas yang diagihkan dua hari lepas.Dewan syarahan yang sudah dihiasi dengan langsir berwarna biru lembut.Slide dan komputer riba sudah tersedia di sudut hujung meja.

Akan ada persembahan slide yang disediakan oleh kakak-kakak tingkatan enam atas.

Cikgu Isma tiba-tiba sahaja masuk ke dewan dengan wajah yang cemas.Pantas sahaja  di gamitkan tangannya kearah Opie dan beberapa pelajar yang lain.Opie yang sedang menyibuk disisi kak Wani yang merupakan senior tingkatan enam atas,segera kearah cikgu Isma.

Paie melangkah laju untuk menyibukan diri.Wa dan Min tidak ketinggalan.

"Kenapa cikgu?" tanya Wa kelam kabut.Wa kalau tak menyiuk tidak sah.Min tersenyum sinis

"Ouh.Ada masalah sikit.Saya nak cari emcee.Siapa yang boleh jadi emcee?" soal cikgu Isma terus.

Wa tersedak.Tersengih kemudian.Min lambat-lambat mengundurkan dirinya.Cari jalan untuk buat kerja lain.Paie membuat muka selamba.

"Opie,awak boleh?" Opie tersengih.Geleng-geleng kepala.

Tak pernah sepanjang hayatnya menjadi emcee.Masalahnya itu disedari sejak dari sekolah rendah.Dia memang pantang kalau disuruh menjadi emcee.Dia bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi emcee.

Kalau nak tengok dia menangis dihadapan khalayak ramai,boleh lah kot.Dia tidak seberani orang lain.Dia tidak mampu untuk menjadi emcee,apatah lagi menjadi emcee memerlukan dia berhadapan dengan orang ramai.Rasa keyakinan dirinya semakin merudum.

Bibirnya sudah sedikit terketar-ketar " Maaf cikgu,saya tak boleh".Cikgu Isma tersenyum simpul.

"Takpe teksnya,saya dah sediakan" Opie menggeleng perlahan.

Cikgu Isma mengeluh lemah.Meja dan kerusi batu yang diduduki mereka itu sesekali bergoyang apabila mereka menggerakan tubuh badan.

Opie termenung sejenak.'Sampai bila kau tak nak jadi emcee.Esok-esok kalau dekat u nanti kena jadi emcee?Macam mana?'duga hatinya.

'Masa nilah pun kau nak cuba kan?' gesa hatinya.Aduhai! Masalah kalau hati dan minda tidak seiring.Hati sudah berkobar-kobar ingin mencuba sesuatu yang agak baru dalam hidupnya.Namun begitu sudah ada suara lain untuk menjadi volunteer.

"Kalau cikgu tak kisah,saya boleh jadi emcee." ujar syafida yang sedikit gempal tubuhnya.Muka yang sememangnya terpamer dengan sifat gigih berskala sepuluh itu menjadi tatapan kami semua.Muka comel putih.Mata bulat tersenyum mesra kearah mereka.

Paie yang sedari tadi senyap memandang kearah Opie sambil tersengih lucu.Opie mengangkat bahu.Turut tersengih.Mana kan tidak Syafidalah yang dikatakan gigih ketika di awal orientasi dahulu.

Cikgu Isma menarik nafas lega. "Biasa jadi emcee?" Syafida mengangguk-angguk pantas.

"Okay.Ni teks dia.All the best" cikgu isma masih lagi dengan senyuman dibibirnya.Berlalu dengan bag tangan hitamnya.

"Buat elok-elok weh" Ucap Opie ikhlas sambil tersenyum.

Tersenyum kerana Syafida menjadi penyelamat disaat orang lain tiada kebolehan untuk menjadi emcee.Terasa cemburu juga kerana kawan yang baru dikenalinya ini lebih berbakat menjadi emcee.

Tapi itu lah yang dikatakan.Manusia itu dilahirkan dengan adanya kelebihan dan kekurangan.Kalau semua yang dilahirkan di atas muka bumi ini,semuanya sempurna.Memang tak meriah langsung hidup.

*****

Majlis penutupan orientasi yang berlangsung dengan keadaan yang terkawal dan sederhana sebentar tadi itu sudah cukup membuat pelajar-pelajar tingkatan enam rendah melepaskan lelah.Lega.

Lega kerana buat pertama kali mereka yang datang dari latar belakang yang berbeza,sekolah yang berbeza mampu bekerjasama untuk mengendalikan majlis kecil yang penuh bermakna.

" Tahniah weh.Kau jadi emcee memang superb"Opie memuji Syafida yang ditangannya masih memegang teks ucapan.Muka Syafida yang sedikit berpeluh itu disapu dengan sapu tangan kotak-kotak yang sememangnya menjadi peneman setia kepadanya.

" Thanks.Okay tak tadi?" Syafida menanti reaksi Opie.

"Okay gile.Kalau tak salah aku,kau ni debater sekolah lama kau kan?" soal Opie pantas.

Dia pernah kesekolah lama Syafida untuk menyaksikan pertandingan bahas peringkat negeri antara sekolahnya dengan sekolah lama syafida.

Dan kalau tidak salahnya,Syafida merupakan pembahas kedua  ketika itu.

"Ha'ah.Mana tau?

"Pernah tengok korang berbahas macam nak pecah dewan" Syafida tergelak besar.Opie buat muka pelik.

"Biasalah pertandingan.Semua kena gigih buat yang terbaik kan?"Syafida berjeda.

Opie angguk perlahan. "Eh okaylah.Jumpa nextweek." kata Opie.

Opie berjalan meninggalkan dewan syarahan yang sudah berkunci.Paie sudah menunggunya di pondok biru.Beg galas dibahunya ditarik perlahan.Paie yang sudah melihat kelibat Opie,menuruni anak tangga yang catnya biru.

"Mana kawan baru ?"perlinya sambil tergelak-gelak.Opie menjeling Paie.

"kau nak apa?Lempang nak?" bidas Opie

"Eh eh.Nak marah pulak.Come on lah kawan.Kau kena belajar jadi berani macam dia"cadang Paie serius.Tapi Opie tahu yang sebentar sahaja lagi,akan ada bunyi tawa Paie.

Sesaat berlalu dengan masing-masing berwajah serius.namun kemudian,Paie terlebih dahulu tergelak kuat .Opie mengekek tergelak.

"Tapi betul la weh,dia nampak gigih gilaaa" kata Paie tiba-tiba.Opie membulatkan matanya.Ingatkan dah habis cerita pasal Si Syafida.

"Biarlah kat dia nak gigih ke apa ke?Janji gigih dia bertempat.Kalau tak dia yang jadi emcee tadi,siapa nak jadi.Kau?Lagi tak masuk akal." seusai meluahkan kata-katanya,Opie ketawa besar.Dia seakan-akan membayangkan teman baiknya menjadi emcee.Perghh.Memang kejutan.

"Cis!! tu namanya menghina aku." Mata Opie sudah bulat.Geram kerana merasa Opie seperti mempermainkannya.

"Tak kan sentap??!!Dah lah.Sama je kita ni pon.Tak berani."putus Opie perlahan.Disenggol bahunya ke bahu Paie.

"Aku nak sentap dengan kau?Bagi satu sebab kenapa aku kena sentap dengan kau?" 
paie hanya mengerutkan dahinya.Opie berjeda seketika.


Paie mennati penuh sabar.Opie tersengih sambil kening kanannya terangkat-angkat.

"Sebabbbbnyaaa.Aku dapat kawan yang super duper gigih macam diaaaa.Kau tak dek."


Sekali lagi Opie dan Paie tergelak besar.Mengekek-ngekek.Junior yang berselisih dengan mereka sudah memandang pelik.Apalah yang happynya kakak-kakak senior mereka ini.Opie hanya mengangkat tangannya kearah junior-juniornya.


Paie yang masih tergelak."Gila!" 

Peluang Ke-2 ( 4 )

"Usuluddin,Syariah,Bahasa melayu,Bahasa arab dan Pengajian am" ujar Opie perlahan kepada puan syarkiah.

Puan Syarkiah mula mencatat didalam borang pendaftaran mata pelajaran yang berukuruan saiz A4.


Hari ini diadakan pula sesi mendaftar mata pelajaran untuk peperiksaan STPM.Mungkin terlalu awal untuk memikirkan tentang peperiksaan yang akan dihadapi pada hujung tahun hadapan.Tapi ini sebagai langkah awal untuk memulakan pelajaran nanti.


Masih ada hari esok untuk membuat keputusan untuk memilih mata pelajaran mengikut kemampuan masing-masing.Bagi Opie senang kalau sudah membuat keputusan diawal waktu.


Sudah pasti keputusannya itu dibuat setelah meneliti keupayaan dan kemampuan diri kerana subjek yang dipilih bukanlah subjek yang mudah.


Mungkin mudah ketika di tingkatan lima namun sudah menjadi sukar di tingkatan enam.Opie sedar yang dirinya tersangat lemah dalam menghafal fakta sejarah,makanya dia mengambil keputusan untuk tidak memilih subjek sejarah sebagai subjek pilihan.


"Wa sama dengan aku" jelas Opie kepada Paie merujuk kepada pilihan subjek Wa.


Paie masih memikirkan subjek mana yang patut dipilih.Min lebih senang dengan pilihan subjek sejarah,bahasa melayu,syariah dan pengajian am.


"Kau tak nak amik sejarah?Sejarah syok weh" pujuk Paie tanpa nada.Opie tergelak.


Gila apa dia nak pilih sejarah.Sejarah Spm yang dikategorikan senang oleh sesetengah pelajar dulu itu pun dia hanya mampu dapat A-.Itupun setelah berhempas pulas 'menggoreng' jawapan.Inikan pula Sejarah stpm.Hisyhh tidaklah ingin dia menempah bala.


"Ukur baju dibadan sendiri" ringkas kata-kata Opie.


Paie mencebik apabila pujukannya tidak berjaya.Paie sebenarnya faham dengan kata-kata Opie dan sikitpun dia tidak kisah dengan pilihan kawan baiknya itu.Baginya,setiap orang berhak memilih.Dan sudah pasti setiap pilihan yang dibuat ada baik dan buruknya.


"Aku amik semua sama dengan kau kecuali usuluddin.Subjek tu aku ganti dengan sejarah" kata Paie sambil duduk dibangku yang disertakan dengan meja kecil setelah memaklumkan pilihannya kepada puan Syarkiah.


"Opie,kejap lagi jangan lupa ingatkan kawan-kawan untuk ke surau Darul Iman ya." 
puan syarkiah sempat meninggalkan pesan sebelum keluar meninggalkan dewan syarahan.Tinggal beberapa orang pelajar sahaja lagi masih belum memuktamadkan pilihan subjek mereka.Esok adalah hari terakhir untuk membuat pilihan sebaik mungkin.


Buat masa sekarang,pelajar-pelajar tingkatan enam rendah ditempatkan di dewan syarahan kerana kelas-kelas di blok tingkatan enam masih lagi dalam proses penyelenggaraan.


Selagi orientasi belum tamat,selagi itulah mereka akan duduk bertapa di dalam dewan syarahan yang serba kusam ini.Apalah nasib tingkatan enam yang sering dianaktirikan.


Opie meliarkan pandangan sekitar dewan syarahan.Biasalah minggu pertama sesi pendaftaran,tak mula belajar lagi.


Ketika ini,ada pelajar yang sedang melayan perasaan.Ada juga yang menulis sesuatu.Ada yang bersembang.Masing-masing dengan kerja sendiri.Iyalah,masing-maisng belum mengenali peribadi dengan lebih mendalam.Setakat tahu nama.


"err..baik ustazah" balas Opie sopan.Disebabkan Opie yang berasal dari sekolah yang sama dan sudah dikenali oleh guru-guru di sekolah tersebut,dia lebih cenderung dipilih untuk menjadi ketua tingkatan untuk sementara waktu.


Setiap pagi,tugasnya adalah untuk menanda kedatangan pelajar yang hadir ataupun tidak hadir ke sekolah.Selain itu,dia akan membantu cikgu-cikgu apabila disuruh oleh cikgu dengan bantuan pelajar-pelajar lain.


Nasib badan kerana dia pernah mempunyai rekod menjadi ketua tingkatan selama empat tahun berturut-turut bermula sejak tingkatan dua sehingga tingkatan lima.Bila pula nak jadi pengawas ye?


*****

Aktiviti Ice-Breaking yang diperkenalkan oleh ustaz Nasir sebentar tadi sudah mampu memecahkan tembok antara pelajar-pelajar yang berasal dari sekolah yang sama dengan pelajar-pelajar yang datang dari sekolah lain.

Ustaz Nasir sempat berpesan kepada pelajar-pelajar dalam taklimat ringkas bahawa tiada istilah pelajar sekolah lama dengan pelajar luar.Semuanya sama sahaja.Semuanya sudah memasuki alam baru yang memerlukan mereka berganding bahu untuk mengenali antara satu sama lain.

Pelajar-pelajar sudah dibahagikan dengan beberapa kumpulan kecil.Kumpulan kecil ini dibentuk melalui aktiviti 'kad berimej' yang diuruskan oleh ustaz sendiri.

Kali ini,Opie dan Paie sudah terpisah jauh walaupun sebentar tadi beberapa cubaan menipu kad berimej cuba dilakukan untuk menjadi ahli kumpulan yang sama,namun ia tidak terjadi seperti yang pernah dilakukan. 

"Opie tukar kad tu dengan orang lain"bisik Paie tepi telinga Opie.

"Kejap" Opie mula mengsusha line.Clear ke tidak.Karang buat kantoi je dengan Ustaz.

Opie yang sudah sedia maklum dengan arahan kecil itu cuba menukar kad kecil yang diatasnya ada imej yang berbeza supaya dapat menentukan kumpulan masing-masing dengan pelajar lain supaya dapat bersama dengan Paie.

Namun begitu,cubaan mereka gagal serta merta apabila ustaz nasir melihat perbuatan Opie yang sedang memujuk pelajar lain supaya menukar kad itu secara kebetulan.

Aduh!.Kan dah kantoi.Kaunselor yang dikenali rapat itu sudah pun tersenyum.Nampak macam senyuman perli.

"Dah bagi amaran pon buat lagik.Pelik sungguh kamu ni" Opie menggaru-garukan kepalanya yang sedikitpun tidak gatal sambil tersenyum nipis.Reaksi spontan.

Ustaz berleter kerana diawal taklimat tadi ustaz sudahpun memberi amaran supaya semuanya jujur dan tidak melakukan sesuatu cubaan untuk bersama-sama dengan kawan baik.

Tapi Opie sikitpun tidak kisah kerana dia sudah mengenali kaunselornya itu bagaimana.
Leteran ustaz selalunya tepat kena pada batang hidungnya.Dia sudah lali.

Kalau bukan mereka yang buat pun,Opie sendiri pasti ada pelajar-pelajar lain yang  cuba melakukan taktik yang sama,cuma kali ni mereka yang tertangkap.

Inilah masalahnya kalau sudah berkawan rapat dengan seseorang,kemana sahaja pasti hendak bersama saja.Konon-kononnya bestfriend forever la kan?Tambahan lagi kaum perempuan,ikatan ukhuwah mereka sangat rapat kadang-kadang sampai tak tercapai dek akal.

"Tak sengaja ustaz.Bonding kami terlalu kuat untuk dipisahkan.Kawan baik la katakan"
Ujar Opie sambil tersengih.Riuh surau darul Iman dengan suara gelak tawa kecil milik pelajar-pelajar perempuan.

Dipandang wajah Paie yang berpura-pura serius disebelahnya.Macamlah Opie tak kenal muka serius tahan gelak.'Tak guna punya kawan.Ini kau punya rancangan juga.'bentak hati Opie

Ustaz tergelak.Gelak ada makna.Kejap lagi memang kena ni.

" Saya ni dah banyak jumpa orang berbestfriend bagai.Semua nak buat sama-sama.Nak pergi mana-mana pun nak pergi sekali.Tambah-tambah pelajar perempuan macam kamu semua ni " ustaz berjeda seketika sebelum mennyambung kata-katanya.

" Agak-agaknya kalau kamu nak kahwin nanti,nak pilih lelaki yang sama ke?Boleh hidup bermadu  dengan bestfriend ." perli ustaz.Masing-masing mengekek gelak.


"Macam mana la jadinya yek.Masih mahu buat semuanya bersama-sama atau dah jadi perang dunia berkembar?"perli ustaz sebelum ketawa kecil.Kan dah kata.Memang kena nih.Perlian ustaz sekali lagi menyebabkan masing-masing tergelak kuat.


Mesti semua tak pernah terfikir.Khusus untuk persahabatan antara kaum perempuan,sebaik mana pun sesebuah persahabatan itu,yang sering berkongsi suka dan duka,pernah tak terfikir pula untuk berkongsi suami?Hmmm.Tak pernah terfikir.

Opie terasa diperli hanya tersenyum nipis.Taubat lain kali tak buat sudah.Hanya Wa dan Min yang bernasib baik untuk menjadi ahli kumpulan yang sama.Itupun rasanya sempat buat taktik yang sama.Wa dan Min hanya tersenyum sinis kearah Opie.Dah agak dah.

Peluang Ke-2 ( 3 )

Nasi putih berlaukkan seketul ayam masak merah dibeli dari makcik kantin.Nama itu sudah sebati sejak mereka membeli makanan di kantin seawal tingkatan satu.Hanya menggunakan kata ganti makcik kantin atau pakcik kantin sudah cukup menggambarkan betapa Opie tidak peduli dengan oarang lain.


"Wa dengan Min mana?" teh o ais dikacau-kacau Paie dengan straw kuning.


"Beli air.Weh kau perasan tak apa yang aku perasan?" jawab Paie sebelum mengajukan soalan lain kepada Opie.


Kelibat pelajar-pelajar  tahap dua yang terdiri dari tingkatan empat dan lima mula berasak-asak ke arah kantin.Mata-mata mereka sudah pasti sempat menyinggah kemeja yang diduduki oleh Opie dan kawan-kawannya.


"Perasan apa?Dinding kantin cat lain?" soal Opie selamba.Paie mencebik dengan soalan Opie.


"Buat main.Budak-budak ni lah." Paie jawab sendiri.


Wan dan Min sudah mengambil tempat untuk sama-sama menghabiskan waktu rehat mereka.Mereka turut sama melihat kiri kanan mereka yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar tingkatan wmpat dan lima.Ada yang pandang semacam.Ada yang tersenyum penuh makna.Ada yang sinis.Ada yang tidak mengendahkan mereka.


"Budak -budak ni karang ada juga kena cungkil mata ni karang"bisik Opie sendiri tapi masih mampu didengari Wa dan Min.Mereka semua sudah ketawa.


"Eh tak payah cakap budak-budak ni.Kitaorang jumpa cikgu-cikgu tadi pon ada je pandang semacam.So nak kata apa?" celah Wa dengan suaranya yang ala-ala kartun salairmoon.


Min menyampuk.


"Betul.Tadi nak datang sini pun tak perasan ke cikgu pandang sebelah mata je.Tapi tak semua cikgu lah.Ada yang dah biasa dengan kita tu okay je.Ni yang tak biasa dengan kita,tahu-tahu je lah."


"sebelah mata lagi pergi mana Min?" tanya Paie ala-ala orang dungu.


Masing-masing ketawa sebelum mengeluh perlahan.Persepsi mereka tak kan pernah berubah.Yang menanggungnya kami pelajar tingkatan enam.Semua orang ada pendapat masing-masing tapi tak perlu sampai menjatuhkan semangat orang.Biarpun ia hanya sebuah pandangan,tapi masih mampu membezakan pandangan biasa dengan pandangan luar biasa.


"Dah la weh.Kalau nak kisah dengan tanggapan negatif diorang ni,sampai bila pun kita tak kemana.Apa kata kalau kita buat biasa je." cadang Opie.


Baginya dia tak kan kemana kalau asyik tunduk pada pandangan sinis orang lain.


"Cakap senang lah Opie.Tapi bukan senang nak buat.Kita pulak yang rasa awkward semacam."bidas Min.


"Tapi aku pelik tau.Kita yang masuk form six ni dah boleh terima kenyataan yang diorang nak kecoh-kecoh apehal pulak kan? " Paie melontarkan hujahnya.Wa masih terdiam.


Opie membelek jam tangannya sebelum menamatkan sesi luahan rasa


"Jom weh.Waktu rehat dah habis".


********

Opie sudah mula menguap.Mengantuk apabila waktu tengah hari menjelang tiba.Taklimat berkaitan subjek Usuluddin,Sejarah dan syariah sudah selesai.Sebentar tadi,taklimat berkaitan subjek Bahasa Melayu.Kini tinggal subjek Pengajian am  dan bahasa Arab yang masih belum dibincangkan.

Masih menunggu cikgu seterusnya untuk taklimat subjek stpm.

Secara rawaknya,cikgu-cikgu membincangkan kepentingan subjek tertentu dari segi sesi pembelajaran mahupun dalam peperiksaan.Tempoh peperiksaan STPM sedikit berbeza dari peperiksaan SPM iaitu selama tiga jam.Boleh dikatakan setiap jawapan berbentuk essei.

"Gila!.Semua jawapan dalam essei.Mana nak cekau jawapan" Opie menelan liur perlahan.Terasa kesukaran mula mengetuk pintu hatinya.Fikirannya mula menerawang memikirkan kesusahan dalam peperiksaan.

Paie masih selamba. "Alah nanti kita belajar senanglah" Mudah sungguh jawapan Paie.

"Tiga jam nak tulis apa weh?" Min dari tadi senyap,menyoal pula.

"Kalau yang amik sejarah,ingat pesan cikgu Hasni masa kita form five tahun lepas" 

Masing-masing terngadah dengan penjelasan Wa.Opie dan Paie mengekek-ngekek gelak.Min tersenyum-senyum apabila mengenang semula cikgu sejarah mereka ketika ditingkatan lima tahun lepas.

"Goreng sajaaaaa!!" jerit mereka berempat sebelum ketawa sekali  lagi.

Perkataan yang sering di keluarkan oleh cikgu Hasni apabila pelajar-pelajarnya merungut sukar untuk menyiapkan soalan-soalan sejarah.

"Kejap.Dah pilih subjek yang korang nak ?" soal Opie

Paie mengangguk laju.Min dan Wa masih berkira-kira ingin mengambil subjek apa untuk teruskan pengajian mereka.Buat sementara ini,Opie dan Wa memilih untuk memilih subjek Usuluddin dan Bahasa Melayu.

Syariah memang wajib untuk semua pelajar aliran agama.Paie dan Min memilih subjek sejarah dan Bahasa Melayu.Pengajian Am juga wajib untuk semua pelajar yang mengikut tingkatan enam.Kini tinggal nasib subjek bahasa arab.


Seketika kemudian,kelihatan cikgu yang tinggi kurus menapak kedalam dewan syarahan dengan membimbit buku rekod panjang.Cikgu Isma Junaiza memulakan taklimat dengan kata-kata semangat.


Biasalah pelajar -pelajar yang masuk tingkatan enam ni kebanyakkannya emosi dan jiwanya sudah rabak.Jadi atas inisiatif diri sendiri ,cikgu yang lebih senang dipanggil dengan cikgu Isma ini menceritakan pengalaman diri sendiri supaya anak didik dihadapannya ini akan mengambil pengajaran dan mesej.


"Saya juga pernah menjadi pelajar tingkatan enam suatu masa dulu" Ayat mula yang menyebabkan satu dewan diam membisu.


Opie dan Paie saling berpandangan.Tidak pernah disangka, cikgu yang tidak lokek dek senyuman ini pernah menjadi sebahagian dari pelajar tingkatan enam.


"Saya ambil keputusan untuk sambung tingkatan enam,walaupun masa tu saya dah beli borang u.Sudahnya saya jual borang u tu pada kawan saya."


"Tapi cikgu...Kami tak kisah sebenarnya masuk tingkatan enam cuma orang-orang luar yang pandang kami macam tingkatan enam ni teruk sangat."salah seorang pelajar mula mempersoalkan pandangan orang-orang disekeliling


"cikgu-cikgu pun ada juga laaa" desis Opie perlahan.


Cikgu Isma tersenyum manis.


"Biar saja" sebelum merapatkan kedua-dua belah tangannya.


"Kalau mengalah sekarang pun dapat apa?At least bila kamu buat yang terbaik,kamu boleh buktikan yang tingkatan enam ni pun sebenarnya bagus" panjang lebar nasihat Cikgu Isma.


'Positif sangat ni cikgu'desis hati Opie.


"Saya tak nak cakap besar tapi kalau nak diikutkan dalam kalangan kawan-kawan saya,saya ni lebih berjaya dari kawan-kawan saya yang masuk u dulu.Allah dah tetapkan rezeki kita masing-masing.Patutnya kamu semua bersyukur sebab dapat masuk tingkatan enam"


Sedikit sebanyak,kata-kata cikgu Isma meresap kedalam hatinya.Mula memikirkan kata-kata cikgu Isma yang ada benarnya.Mula bersangka baik dengan keputusan yang dibuat dan sudah tentu keputusan ini juga datangnya dari-Nya.Kalau tidak yakin,bagaimana pula ceritanya?.